Wednesday, March 9, 2011

roti canai pakcik dining


malam ini...
tika ini aku masih lagi berdiri teguh di kaki lima ini. kemana lagi kaki ku ini akan bergerak. aku pun tidak pasti
sama sekali. fikiran aku makin bercelaru. malam ini masih panjang. tepat jam sepuluh. aku bergerak ke kantin untuk
meneroka setiap isi makanan yang ada disitu. tiada apa yang berkenan. aku singgah sebentar ke koperasi untuk membeli
sedikit perasa untuk mulutku. seterusnya ke bahagian makanan. aku terpandang pakcik itu yang sedang membuat roti canai
dengan tekun sekali. peluh keringat itu masih tersisa di dahinya. disebelah lelaki itu terdapat seorang budak lelaki
dalam lingkungan belasan. aku terus tertarik akan bau roti canai tersebut. terus ku memesannya. disambut mesra oleh
budak tersebut. aku hanya tersenyum. pakcik tersebut masih lagi dalam keadaan yang sama. hanya diam dan terus melakukannya tugasnya. mungkin sudah penat berdiri disitu.
aku mengerti pakcik. itu semua atas usaha keras mu demi menyara keluarga mu yang tercinta. bahkan itu juga, kau tidak pernah mengenal erti jemu untuk melayan telatah pelajar seperti kami. terima kasih pakcik! kerana roti canaimu itu telah membuat perut ku ini terisi. dua malam berturut-turut aku makan roti canai pakcik. aku masih lagi tidak jemu kerana roti canai pakcik sangat sedap. ditambah pula dengan sambal ikan bilis tanpa dikenakan sebarang caj atas tambahan sambal itu. terima kasih lagi sekali pakcik.

ditempat perteduhan ku pula......
selepas selesai solat isyak, aku terus menggapai bungkusan roti canai ku. aku makan sambil ditemani Pah dan Za.
pelbagai perkara yang dibualkan oleh kami.  tapi, aku hanya senyum. ketawa. melihat telatah mereka. sangat asyik melihat mereka mengutarakan isu masing-masing yang tidak pernah putus dek idea yang baru,segar dan bernas.
satu lagi isu dikemukakan. inilah pertama kali aku mendengar akan isu tersebut, iaitu LELAKI YANG SUDAH TIADA DARA. wahhhhh! aku pasti anda pasti terkejut, bagi aku itu perkara biasa. kenapa isu ini dibahaskan??
mungkin mereka kuatir akan kekasih mereka. bimbang akan penjebakan kekasih mereka.
maka dengan itu, aku berkata. aku akan terima seadanya jika kekasih aku itu juga terjebak.dibangkangnya lagi akan usulku itu. mereka tidak menerima kerana bimbang akan ada penyakit yang dibawa. baiklah, ada benarnya juga apa yang kau katakan itu tadi. aku hanya terdiam dan terus mengemaskan sisa makanan ku itu tadi.
selesai lah sudah makan malam ku......











No comments:

Post a Comment