kita sekadar hambaNya,
tapi seperti Dia lagaknya,
sedarkah atau tidak,
terlencongnya akidah,
kita sekadar penumpang,
tapi seperti empunya gayanya,
sedarkah atau tidak,
terpesongnya takwa,
kita sekadar insani,
tapi seperti Dia wujudnya,
sedarkah atau tidak,
terpunahnya iman,
kita sekadar khalifah,
tapi seperti Tuhan gayanya,
sedarkah atau tidak,
terlupanya asal,
sekadar untuk mengejutkan kalian,
kerana aku jua...
pernah terlena terlalu lama,
hingga aku terjaga dan sedar,
aku ini hambaNya,
aku ini penumpangNya,
aku ini khalifahNya,
aku ini insani...
yang lemah dan hina disisiNya...
pesanan penaja: sedarlah kalian sebelum kalian disedarkan...
No comments:
Post a Comment